Isnin, 29 Mac 2010

Kerja Gotong Royong Bersihkan Tapak Masjid

Pada hari Ahad 28hb Mac 2010 semalam kerja-kerja gotong royong membersihkan tapak masjid yang akan dibina telah dijalankan oleh kariah surau al-uum dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang. Kerja-kerja ini telah dimulakan daripada jam 9.00 pagi sehingga ke jam 11.30 pagi. Secara kasar jumlah kehadiran penduduk adalah sekitar 100 orang.

Ahad, 28 Mac 2010

Surau Yang Pertama Di Bandar Baru Bangi

Surau Al Uum adalah merupakan sebuah surau yang pertama didirikan di Bandar Baru Bangi sewaktu bandar ini dibuka dahulu. Surau ini merupakan sebahagian daripada sebuah bangunan rumah berkembar beralamat di No 6 Jalan 1/3G Bandar Baru Bangi. Bangunan rumah ini adalah rumah yang diwakafkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor untuk digunakan oleh penduduk ketika itu sebagai surau.